Friday, February 10, 2012

52 :)

10021960

Maafkan anakanda bongsu keladi,
tak dapat bersua ulang tahun kali ini,
buat bonda yang jauh dimata, dekat dihati,
walau yang tampak tak diberi,
hanya mampu mengutus doa dari sini.

Semoga hidup sentiasa diberkati,
suka duka tabah menghadapi,
usah ada yang membasahi dipipi,
susah hati harap dihindari.

Semoga termakbul setiap dihajati,
tiada kesudahan diberi rezeki,
mengorak langkah jangan sekali berhenti,
rahmat Ilahi, itu yang pasti.


Depan, belakang, kanan, kiri,
kami ada di setiap posisi,
yang menduga jangan peduli,
kami sentiasa disisi.

Para pencipta, Yang Maha Mengasihi,
terima kasih kurniaan bonda di atas muka bumi,
tempat berpaut untuk aku terus berdiri,
ketahuilah betapa diri menghargai,
kasih dan sayang padanya tiada terperi.




Thursday, February 9, 2012

52

09021960 - 10092000


Tika keramat itu bukan penamat,
sakitnya kehilangan tiada berubat,
sepenuh kalbu bagai dikerat,
tersisip memori, menyusur berat.

Kasih yang tiada terbiar melarat,
sayangnya melimpah terlalu sarat,
rautnya terpahat berpaut setiap saat,
kata semangat sentiasa tersemat.

Tatkala sekaan air mata menjerat,
sedu didiam dibungkam tersirat,
tawa terzahir girang dilihat,
kerna tangis disekat, ratap diikat.

Perginya jauh namun terasa dekat,
selagi erat mengalir diurat,
selagi hela nafas mampu berkudrat,
ingatan dan doa tiada bersukat.

Ya Allah yang mengurniakan rahmat,
pada-Mu yang ku sujud taat,
bersama-samanya yang beriman sekalian umat,
sungguh rindu padanya ini teramat.










Al-fatihah.









Aku masih punya cita-cita.
Mencari yang sama, walau tak serupa.
Biar tak ketara, asalkan ada.
Namun apakan daya,
kekacakannya tiada tara :')


Friday, February 3, 2012

Friday, January 27, 2012

I miss me.


Workstation. . .


Tapi buat kerja kat bawah jugak, haihh.


Later peeps, later ! :)

Sunday, December 11, 2011

World at our feet

Some people like to know
Where they've been
Where they're going tomorrow
I'm not one of those

Some people like to swim
With their eyes open wide
Lines to follow
I'm not one of those

And my minds made up
Can I take this road ?
And make it my home

Cause the sun don't shine here everyday
and there's a world out there to see

And so take my hand
Come with me
You and I
Got the world at our feet
We got the world at our feet

And now I never knew
Just how good it could feel
To be stood by the ocean
Felt like the first time
That I saw your face
And felt your grace
I'd be lost without you

And my mind's made up
Can I take this road ?
And make it my home

Cause the sun don't shine here everyday
and there's a world out there to see







Photobucket
Am not giving up no matter what
'cause I know I'm better than this.
And I have awesome sidekicks with me.
Life is hard, I take it as a challenge.
Gotta keep my chin up and stride ahead.
You go, Dib.

Tuesday, November 29, 2011

Season Finale

Salam.

My final semester started last week and so far so good. Supposed to present my final project proposals last week but the queue list still has a long way to go so I have to wait -.- My target is to get the proposal thingy done within this week so that I can focus on something else (site analysis etc). Selagi tak proceed final project, selagi tu hati celaru ! Grr. And if sempat, I will present my proposals today. Kalau sempat la ye. List masih panjang untuk sampai turn saya. Tsk. Tunggu je la. Wish me luck (:

Btw, we were assigned to make two models and a poster about a modernism furniture for our Furniture Design esquee project - group assignment. Two prototype models by modernism furniture designer to be displayed and sold in upcoming FurEx '11 (Furniture Exhibition). Done with model making last night and printed the poster yesterday. Somehow I'm excited to submit today ! Hihi. Pictures will be uploaded later :)

Since dah tak selalu menyempat nak update blog, these are random pictures taken last week.



Final Bola Sepak Sukan SEA '11
Dewan Seri Iskandar, 21112011

Dewan penuh so terpaksa tengok kat luar je. Tapi masa second half dapat masuk dewan, skrin besor ! Menjerit jangan cakap la. Masa final penalty tu rasa nak menangis. Satu dewan melompat, menjerit, bersorak. Bergegar satu UiTM. Seronok ! Esoknya masing-masing suara 'seksi'. Heh.



FurEx 2011 - Preparation

View dalam galeri FSPU. Furniture ni semua our senior last semester punya, for final project. Yup, we gonna design our furniture too this semester. Nervous. Heh. Apapun excited ! Nanti tangkap gambar banyak-banyak :)



Ini Muhai.




Ini Jem.

Muka teruja Seri Iskandar dah maju.



Ipoh I - 25112011


Vincci RM22.50 each !



Ipoh II - 27112011




Orang Ipoh sejati - Anis and Qila :)




Furniture Design esquee project - model making


Will upload the final products later :D




Oh yes, I'm doing just fine here. At least for early week. I have an awesome troop. But still, I'm missing those at home.


;(







Photobucket
The season finale episodes start now.
I'm ready and set to go.
Bring it on, Part 6 ! ;)



Friday, November 11, 2011

Pemadam



Bukan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia tau ! Bila kita cakap pasal pemadam, kita fikir alat tulis. Aku cuba menginterpretasi pemadam dalam bentuk metafora dan adaptasi fungsi pemadam dalam kehidupan. Senang, macam ni ;

Istilah - Pemadam merupakan salah satu kelengkapan alat tulis. Ia merupakan getah lembut yang mampu menghilangkan tanda yang dihasilkan dengan pensil.

Dalam konten kehidupan, 'pemadam' digunakan untuk menghilangkan/memperbaiki kesalahan/kesilapan dengan 'perkataan' yang betul.

'Pemadam' adalah penyesalan/taubat untuk perbaiki diri. Manakala 'perkataan' memberi maksud kepada perilaku/perkara yang sepatutnya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dalam erti kata lain, belajar daripada kesilapan dan merubah menjadi yang lebih baik.

Mudah. Setiap orang bebas mentafsir 'pemadam' dalam bentuk konteks yang berbeza. Jadi, terpulang pada daya kreativiti masing-masing Photobucket


Ini montaj untuk ID Raya'11. Kurang peka yang temanya, 'Cahaya'. Semua batch buat montaj hari raya yang tajuk 'Cahaya Lebaran' la, apa la tiba-tiba Studio Bulan datang dengan montaj lari tema tiba-tiba alat tulis - Pemadam. Haha. Biarlah. Lain daripada yang lain sikit, orang ingat. Eh, ya ke ? Heh. Yang penting, dapat tau boleh hantar montaj pun pada saat-saat akhir. Beberapa hari sebelum acara. Aku buat story board tanpa idea yang jitu lagi bernas tapi yang terhasil tak sama langsung dengan yang dirancang. Daripada cerita 'persahabatan' tiba-tiba dah lain. Haha. Shooting dalam satu malam, lepas masing-masing habis kerja. Lepas. Kerja. Sangat. Penat. Okay ? Atas alasan tidak cukup masa, kemahiran, kelengkapan, persiapan, tenaga kerja, dan tajaan, jalan cerita banyak diolah. Tak cukup masa punca utama. Bayangkan, masa nak susun semua gambar jadi video, masa tu juga baru nak explore satu per satu fungsi Windows Movie Maker. Tak pernah guna selama ni. Imran yang bertanggungjawab menyempurnakan filem pendek Terbang dulu takde kat KL. Penyelesaiannya, buat sendiri. Hasil kerja amatur, faham-faham je la ye.


Sebalik Tabir

1. Pelakon


Pelakon Lelaki berkarisma, Ahmed Fauzan dan Pelakon Wanita berbakat, Amirah Reduan


2. Krew



Gadis Pelakon Pembantu, Dayah dan Gadis Props, Jem (gadis props untuk Terbang jua)


Jurukamera 1 & Pengangkutan, Amir (yang ada skandal dengan gadis props. Eh ?)


Jurukamera 2 merangkap Pengarah, Photobucket


3. 'Shooting/Bloopers'








Pengarah yang serabut, berlengas, rimas tengah beri arahan Photobucket




Main-main ! Photobucket


Mira ni kuat gelak. Masa nak tangkap gambar jatuh tu banyak take kena ambil sebab Mira tak tahan tengok muka Fau sedekat itu. Lagipun babak geli, siapa tak gelak. Haha.




7 Oktober, Desa Pandan - Gambar di atas menimbulkan kontroversi dan mencetuskan ketidak puasan hati kelab peminat Fau, 'Alahai Fafau'. sehingga mereka bertindak membaling bawang ke rumah Mira dan menyerang laman sosial beliau. Oleh kerana insiden ini, Mira memadam akaun MySpace-nya dan bertukar arah menjadi penari.


Pengarah : Ok Fau. Sekarang buat muka ceria ucap hai kat Limah.


Fau : *cakaran harimau !*

Photobucket



Cuba cari orang tersembunyi dalam gambar di bawah :








Dapat cari ? Ini jawapannya !






Sebab Jem nak sangat inter-frame, jadi bagi la peluang. Tak puas hati jadi Gadis Props je tu.


4. 'Off-camera'


Gadis Props dan story board.


Gadis Pelakon Pembantu tengah tunggu giliran.


Tiba-tiba pelakon wanita bertukar menjadi make-up artist untuk babak 'kini' Limin.


Gadis Props mejayakan tugasnya dengan cemerlang sekali. Beli air dan roti masa waktu rehat. Terima kasih Gadis Props. Tengok muka penat dan kepanasan pelakon tu. Pengarah chill je.




Ta-da ! Ini hasilnya. Bersedialah untuk cerita paling geli abad ini. Haha.





Buang yang keruh ambil yang jernih dalam setiap perhubungan.
InsyaAllah.




Photobucket
Setinggi-tinggi penghargaan pada pelakon dan krew-krew yang
memberi komitmen sepenuhnya walaupun penat balik kerja,
busuk-busuk, shooting sampai tengah malam.
Terima kasih kerana sudi merealisasikan pembikinan Pemadam.
Walaupun penat, masih gembira dapat peluang 'bekerja' bersama-sama.
Pengalaman yang indah. Harap dapat bekerjasama akan datang !

^
Ayat tipikal pengarah terkenal. HAHA.
Mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, kan ?